Tuesday, June 22, 2010

lagenda AP226 part 1- cerita bach 2008


cerita ini adalah kisah teladan semta mata tida kaitan yg hidup atau yg mati, jika terdapat kesamaan ia adalah kebetetulan semata

ketika itu, arman masih ingat, ia sedang hujan, dan yg itu hanya yg arman ingat hujan sedang turun di uitm shah alam. arman seorang pelajar yg pendiam, baik, rajin, selalu datang awal ke kelas, tapi selalu dibuli oleh rakan rakan sekelas seperti pelajar pelajar dominan dlam kelas, mereka yg dominan adalah sepert dayani, selaku bendahari kelas yg byk memegang amanah dan duit kelas, duit kelas yg beliau pegang mmg byk xterkira, ini kerana dayani seorang oppurtunis, dayani sudah melaburkan duit kelas ke dalam saham saham utama di papan papan utama bursa malaysia, tak hairan lah bley dikatakan dayani mmg seorang yg kaya dan paling berkuasa dalam kelas, even lecturer2 pun takut ngan dayani kerana dayani bley menentukan lecturer mane yg akan di relocated kan, merbahaya bukan?tapi arman xkisah dengan keadaan begitu,ia tahu keadaan pasti akan terjamin suatu hari nanti.

ketika dalam kelas, part 1 dalam kelas business , arman sgt terkejut melihat seorang bidadari didalam kelasnye, walaupun beliau bukan bidadari, beliau adalah seorang lecturer baru,ketika arman memandang beliau, arman merasa sepert ade bendalir letrik yg mengalir laju dalam salur serebrum yg mengalir dr vena dr aorta hingga ke arteri,name lecturer itu sgt indah, namenye ialah cik farrih zuhari, walaupun name itu agak kelakar, arman tetap merasa keindahannya nama tersebut, bagaikan pungguk rindukan bulan arman akan dtg kekelas dengan awal lalu khusyuk menghayati kelasnya,
semasa arman memandang cik farrih, arman sgt terpegun, mata bertentang mata, lidah kelu tidak terkata, arman ingin meluahkan perasaan nye kepada cik farrih tetapi tidak berani kerana beranggapan ianya adalah satu sifat sentimental sementara bagi seorang remaja yg baru akil baligh, arman hanya senyum seorang diri, mgkn syok sendiri, die xmahu bertepuk sebelah tgn, jadi meminta nasihat drpada rakan baik arman iaitu nazara, jajit, k.m (khairin mudah),arham (class rep klas d), syawil, sifuldin dan lain2. nazara seorang pelajar kelas d yg sgt agresif, pencinta wanita, suke berfoya foya dan malas belajar, manakala k.m adalah seorang kaki bangku yg minat bermain bola, walaupun kaki bangku beliau sgt rajin dalam bermain pakau dan snooker, manakala jajit seorang yg minat kereta old skool walaupun dia hanya memakai kereta tiara, die asik bercakap pasal kereta lancer sahaja, skit2 lancer walaupun begitu dia amat sygkan kereta tiara beliau sehingga mengecatnye warne hijau muda.

kenapa arman meminta nasihat drpd mereka adalah kerana mereka mempunyai teman wanita dan mgkn mereka pernah tahu bagaimana rasanya cinta,seks dan rock and roll, mereka mgkn mempunyai pengalaman bagaimana mahu flirting wanita, dan membawa mereka keluar mkan. tetapi mereka buntu bagaimana mahu membantu arman, ini keran arman mempunyai taste yg amat pelik, arman tidak berminat pada budak perempuan, arman minat wanita dewasa, ini yg membedakan arman dan kawan2 nya, lgpun arman seorang pemalu dan pendiam dalam kelas, kereta arman pun cume kereta KE70 toyota corolla, rim 15, enjin 4age,4 throttle,flat black, tinted 100%, jadi dlam situasi seperti ini bley dikatakan arman seorang yg low self esteem. jadi untuk flirting cik farrih adalah angan semata mata.

malam tersebut, arman tidak bley tido, walaupun sudah berkali kali membasuh kaki, arman masih tetap segar, setiap kali arman pejam mata yg keluar hanyalah imej yg menyerupai cik farrih zuhairi, arman sudah membaca surah surah utama tetapi masih terbayang wajah cik farrih, apakah ini semua? lalu arman bertemu dengan seorang pakcik tua dihadapan seven eleven,apakah mksd sume ini, pakcik 2 kata, ini mungkin buatan orang ni, besela bila kite da ada pangkat dan harta, org dengki, tetapi arman tidak percaya dengan angka begitu, kerana ianya bukan fakta tetapi hanya teorotikal yg kononnye berlandaskan metafizik, arman pun berjumpa dengan mohd sifiq yg duduk di tamn dato senu, sifiq berkata tgk la filem lucah, mgkn ia akan meredakan perasaan tersebut, arman mencuba setelah dipujuk oleh sifiq yg kebetulan mempunyai koleksi kuning yg byk kerana download dr internet, setelah 2jam arman menonton, tapi keadaannye tetap same, imej yg menyerupai wajah cik farrih sentiasa diingatan, kenang daku dalam doa mu,arman buntu, arman tidak mahu hidup seperti ini, arman rasa batinnye tersiksa, jiwa dan raga, luar dan dalam, pemikiran dan tindakan,pemahaman dan penerimaan, percakapan dan pendengaran.
jadi sebagai seorang pelajar yg konservatif,dan kacau jiwanya, arman bertemu dengan rakan kelas perempuannya iatu salsibali, salsibali merupakan pelajar yg sgt malas, kuat tdo dalam kelas walupun diherdik berkali kali, selalu datang lewat xkire mase, suke makan laksa penang, dan beliau akan curi curi makan semasa berada didalam kuliah, sgt sporting, tp salsibali seorang yg cantik, dan mempunyai teman lelaki yg hensem iaitu atak, atak mempunyai personaliti yg jauh berbeza dan sgt opposite dr salsibali,tetapi mempunyai persamaan yg xdapat dikenal pasti seperti menari salsa didalam kelas jika lecturer tiada, bermain karom didalam kelas walupun lecturer mengajar dihadapan, atak dan salsibali selalu membawa papan karom untuk bermain, mereka jika tidak cukup 4 org, mereka akan bermain berdua, mereka sgt secocok, bagai pinang dibelah dua, sapa la yg rajin bawak papan karom setiap kuliah, itulah mereka.

seperti yg dirancang, arman meluahkan masalah peribadi nya kepada salsibali, kerana arman seorang yg pemalu, jd arman menulis surat rasmi kepada salsibali supaya atak faham akan situasi tersebut, jika hantar surat tidak rasmi, mgkn atak akan fikir lain, bijak juga arman ni dalam penilaian seseorang,arman menulis " setiap malam ku tidak lena dibuai mimpi, setiap makanan yg ku makan tidak termakan, setiap mandiku tidak lah seperti mandi yg sebelum ini, apakah mkna semua ini wahai salsibali, berikan jawapan kerna hatiku seperti dirasuk, oleh imej dan wajah wajah same yg terbayang, bolehkah berikan jawapan tepat untuk soalan seperti ini?" "surat ini adalah cetakan komputer jadi tiada tandatangan ikhlas dr arman"

semasa arman menghantar surat tersebut kepada salsibali, cik farrih masuk didalam kelas, cik farrih kelihatan terkejut dan terperanjat,kenapa cik farrih terperanjat? itu yg terbayang didalam benak arman, cik farrih seperti tidak suke, dan cik farrih kelihatan sgt moody, dan sempat menjeling arman dan berkumat kamit seprti marah, apakah cik farrih cemburu pelakuan arman kepada salsibali? atau cik farrih mmg xsuka pada arman,atau adakah arman tidak bertepuk sebela tgn? jadi arman diam dan kelu,hari itu cik farrih sgt cantik, perhiasan bajunya menonjolkan lg kecantikannya, lutut arman menggelatar, jantung berdegup laju,ketika itu cik farrih berkata " arman, lepas kelas ini saya nk jumpa ya,"arman sgt terkejut, dan rakan2 kelas seperti mengejek dengan membuat bunyi "woooo" jadi perasaan bercampur antar atakut dan teruja...........

bersambung............

4 comments:

Aizat Alaudin said...

xsabar rasanya nak tunggu cerita cik nirash...

sayyid amin said...

cik nirash? watak itu sgt menarik dan mgkn akan muncul di sambungan akan dtg

Anonymous said...

Aku tertarik pada insan bernama KM.. Haha.. Dan Atak..

zam said...

watak antagonis zimra xde ke???